KISAH TUKANG EMAS DAN EMASNYA

http://www.ringspezialist.com/shop_image/gold.jpg

Tersebutlah alkisah pada zaman dahulu kala, manusia zaman dulu mengunakan bermacam-macam jenis benda sebagai mewakili wang mereka. Ada yang mengunakan siput, mutiara, batu, beras dan berbagai-bagai lagi. Akhirnya manusia telah memilih emas sebagai lambang wang mereka. Ini kerana emas mempunyai ciri-ciri yang ideal di mana ianya tahan, senang di tempa dan di bawa, menarik dan berharga. Oleh itu, sebarang pertukaran dan urusniaga adalah melalui emas dan pengunaan emas semakin meluas sejak zaman tersebut.

Demikian juga, pekerjaan tukang emas telah wujud semenjak pengunaan emas ini. Tukang emas ini mempunyai kemahiran dalam menempa, membentuk dan menghasilkan bentuk wang emas. Lama kelamaan, tukang emas ini juga menyediakan servis menyimpan emas dan menyediakan tempat yang selamat bagi pemyimpanannya. Pada mulanya, tukang emas tersebut hanyalah mengambil upah melalui servisnya iaitu menyimpan emas-emas pelanggannya. Bila pelanggan datang untuk menyimpan emas, maka si tukang emas ini akan membuat satu resit sebagai bukti simpanan si pelanggan dan bila si pelanggan inginkan kembali emas kepunyaannya, resit itu ditunjukkan kepada si tukang emas dan tukang emas memberi kembali emas tersebut. Khidmat servis yang disediakan oleh tukang emas itu lama kelamaan menarik ramai pelanggan dan menyebabkan si tukang emas menyimpan emas dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, pihak pelanggan juga jarang mengambil emas mereka kerana mereka mula berurus niaga dengan mengunakan resit yang di perolehi dari tukang emas. Mereka malas mahu membawa emas yang banyak malah resit yang mewakili emas tadi digunakan dalam urusniaga dan di sinilah terhasilnya konsep wang kertas, iaitu yang pada awalnya hanyalah sebagai resit penyimpanan emas. Semenjak dari itu, si pelanggan jarang mengambil emas simpanan mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengunakan resit/wang kertas. Tahun demi tahun, si tukang emas telah mendapat satu idea hasil dari pemerhatiannya selama ini.

Si tukang emas menyedari para pelanggannya jarang mengambil emas simpanan mereka selama ini. Oleh itu, si tukang emas tampil dengan memperkenalkan pinjaman terhadap orang ramai dan membayar kembali dengan kadar bunga. Dengan ini si tukang emas tadi mendapat keuntungan yang besar dari kadar bunga. Dari mana si tukang emas mendapat emas?? sebenarnya si tukang emas hanya mengeluarkan resit/wang kertas dan tidak mempunyai emas miliknya sendiri. Si tukang emas sedar bahawa ia memliki simpanan emas yang banyak dan mustahil dalam satu masa orang ramai akan mengambil semua emas milik simpanannya. Lagipun orang ramai telah lama mengunakan sistem pertukaran resit malah telah di iktiraf pengunaannya di kalangan rakyat negaranya. Semenjak itu, si tukang emas tadi telah menjadi lebih kaya dengan memberi pinjaman kepada orang ramai. Begitulah bagaimana cerita si tukang emas yang pandai serta tamak menjadi kaya-raya.

Walaubagaimana pun, perkara ini pasti akan mendatangkan syak wasangka. Maka wujudlah satu kumpulan pelanggannya yang syak dan terfikir jika si tukang emas mengunakan emas simpanan mereka sebagai pinjaman orang ramai. Oleh itu, mereka datang kepada si tukang emas dan mahu meminta kembali emas mereka dan si tukang emas pun membawa mereka dan menunjukkan emas mereka. Memang benar, emas mereka tidak ke mana-mana kerana selama ini apa yang di keluarkan oleh si tukang emas hanyalah kertas resit semata-mata dan emas di dalam simpanannya tidak berkurangan. Oleh itu si pelanggan sekali lagi percaya kepada si tukang emas malah memberikan lebih inspirasi kepada si tukang emas untuk memikirkan bagaimana cara untuk mengelakkan ketidak percayaan kepada sistem simpanan dan pinjamannya. Lantas si tukang emas memperkenalkan sistem "dividen" kepada para pelanggannya dan dengan ini orang ramai lebih cenderung untuk menyimpan emas di tempatnya malah mendapat keuntungan. Orang ramai sejak itu mulai lebih percaya untuk menyimpan emas kerana di samping itu mereka juga mendapat faedah dividen malah perasaan syak wasangka mereka bahawa emas mereka berkurang telah hilang.

Bagaimana sistem ini beroperasi? sebagai contoh, si tukang emas tadi memberi dividen sebanyak 3% bagi setiap simpanan emas dan pada masa yang sama si tukang emas juga memberi pinjaman dengan interest 8%. Dengan ini si tukang emas tadi masih memperoleh keuntungan dan menjadi lebih kaya-raya. Melalui sistem ini juga, di sinilah terhasilnya konsep perbankan iaitu orang ramai menyimpan duit di bank dan bank juga memberi pinjaman.

BANK (really!) by revlimit.