PENGENALAN

View Image


Pernahkah kita terfikir, bagaimana kita boleh mengunakan wang? bagaimana sejarah wang yang kita sembah-sembah sekarang? apakah wang? kenapa ramai manusia hidup dalam kesusahan kerana wang?. Apa yang bakal saya terangkan mungkin tidak terdapat dalam silibus matapelajaran di sekolah, universiti mahupun tempatan dan luar negeri. Lebih menghairankan, pihak media-media besar barat juga tidak menyiarkan apa-apa informasi berkenaan sejarah sistem kewangan dunia kita dan bagaimana wang tercipta. Adakah pihak media bersekongkol dalam kes ini? Kenapa tiada pendedahan kepada kita mengenai sejarah/asal usul sistem pengunaan wang terhadap kita? Dari mana datangnya wang kita? Sebelum itu, mari kita lihat beberapa perenggan ayat daripada orang-orang besar dan berkedudukan dari barat.

"Some of the biggest men in the united states, in the field of commerce and manufacture are afraid of something. They know that there is a power somewhere so organized, so subtle, so watchful, so interlocked, so complete, so pervasive, that they had better not speak above their breath when they speak in condemnation of it".
~Woodrow Wilson~
Former President of the United States



"Each and every time a bank make a loan, new bank credit is created (new deposits) brand new money"
~Graham F. Towers~
Gavernor, Bank of Canada 1934-54


"The process by which banks create money is so simple that the mind is repelled"
~John Kenneth Galbraith~
Economist


"Permit me to issue and control the money of a nation, and i care not who makes it laws"
~Mayer Anselm Rothschild~
Banker

Ramai di antara kita yang masih kabur mengenai penghasilan wang dan ramai juga yang berfikiran wang dihasilkan oleh kerajaan. Ianya benar, tapi kerajaan sebenarnya hanya di lantik untukk menghasilkan wang. Persoalannya, bagaimana kuantiti wang tersebut di keluarkan? berapa banyak wang yang perlu di keluarkan?..

Mungkin kita pernah mendengar kata-kata ini "kita hidup untuk berhutang". Hakikatnya, wang sebenarnya dihasilkan melalui bank dan bank meperolehinya daripada hutang yang kita lakukan. Apabila kita membuat satu pinjaman seperti pinjaman kereta, rumah dan sebagainya, kita pada dasarnya berfikiran bahawa kita meminjam wang yang di miliki oleh bank. Di minda kita telah pun terlekat bagaimana bank ini mempunyai jumlah wang yang banyak dan kita datang ke bank untuk meminjam wang tersebut. Tetapi perkara sebenar adalah bank tidak meminjamkan wang yang mereka miliki tetapi terus menghasilkan wang tersebut setelah kita menandatangani perjanjian pinjaman yang kita persetujui dan membayarnya ditambah dengan kadar bunga (interest). Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, kita patut mempelajari bagaimana sejarah pengunaan wang ini dan revolusi pengunaan wang itu sendiri di bab seterusnya. Iaitu sebuah kisah yang menceritakan seorang tukang emas (goldsmith) yang tamak haloba dan akhirnya kaya raya.

View Image